Semua orang ingin bercerita tentang sesuatu tapi adakah dengan tulisan saja, cerita kita itu sudah memadai ?. Apabila kita ingin bercerita tentang sesuatu, sudah tentu kita mahu cerita kita dilihat, dibaca dan dimengertikan. Aku juga tidak terkecuali dalam hal ini. Berbeza dengan menulis jurnal, paparan yang terkandung itu mungkin menjadi lebih menarik sekiranya ia diselitkan dengan foto atau imej-imej grafik. Selain minat menulis, aku juga ingin berkongsi minat dengan sesiapa saja diluar sana dalam seni foto. Dengan itu, sukacitanya aku menjemput semua yang ada di persada internet tanah air agar dapat meluangkan masa melawat foto blog Citra Lensa. Ianya adalah eksperimentasi aku dalam memaparkan foto-foto sama ada dalam bentuk alam semulajadi, kemanusiaan, sosial, keagamaan, pendidikan, grafik dan sebagainya.
Aku mengalu-alukan komentar dan cadangan yang membina dalam memperbaiki mutu foto-foto yang telah dan akan dimuatkan nanti.
Inilah Citra Lensa - Setiap Foto Menceritakan Segalanya
http://citralensa.fotopages.com
citralensa@yahoo.com
yang benar,
-nash-
http://nashwuzhere.blogspot.com
nashwuzhere@yahoo.com